KUALA LUMPUR – Polis sekali lagi menafikan khabar angin kononnya menemui mayat paderi Raymond Koh.

Koh dilaporkan hilang sejak 13 Februari lalu.

“Berita itu tidak benar. Kami berharap orang awam mendapatkan maklumat sebelum berkongsi.

“Maklumat yang salah itu mungkin akan berdukacita keluarga,” kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohd Zaini Che Din ketika dihubungi oleh The Star Online.

Isteri Koh, Susanna Liew juga merayu kepada rakyat Malaysia tidak menyebarkan berita yang tidak betul tentang suaminya.

Spekulasi tentang penemuan mayat Koh menular di Whatsapp.

Koh dipercaya diculik oleh sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan SS4B/10, Petaling Jaya. – MalaysiaGazette