Rakaman televisyen yang menunjukkan pelancaran peluru berpandu Korea Utara pada 6 Mac lalu. foto Agensi

BEIJING – China memberi amaran dan mahu Korea Utara menggantung ujian peluru berpandu dan teknologi nuklear bagi meredakan krisis keselamatan serantau.

Kementerian Luar Negeri, Wang Yi berkata, sebagai balasan, Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan perlu menghentikan latihan ketenteraan bersama yang menimbulkan rasa marah kepada Korea Utara.

Cadangan China itu selepas ujian empat peluru berpandu oleh Korea Utara pada Isnin lalu.

Selepas ujian tersebut, Amerika Syarikat memulakan penghantaran sistem pertahanan peluru berpandu di Korea Utara.

Wang menyifatkan situasi di Semenanjung Korea itu umpama ‘dua keretapi yang bertembung satu sama lain tetapi tidak ada pihak yang mahu mengalah’.

“Jadi apakah kedua-dua pihak bersedia untuk bertembung?,” katanya.

Lantaran itu, operasi ketenteraan perlu dihentikan untuk mengurangkan ketegangan dan memulakan rundingan semula.

Tiga peluru berpandu yang dilancarkan Korea Utara jatuh di Zon Ekonomi Eksklusif yang disifatkan oleh Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Presiden AS, Donald Trump sebagai ancaman peringkat baharu. – MalaysiaGazette