Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) tetap mempertahankan perniagaan baharunya iaitu Lavida Coin (LVC) bukan skim cepat kaya seperti yang didakwa banyak pihak.
Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) tetap mempertahankan perniagaan baharunya iaitu Lavida Coin (LVC) bukan skim cepat kaya seperti yang didakwa banyak pihak.

IPOH – Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh kerana kesalahan gagal mengemukakan Borang Penyata Cukai Pendapatan (Borang B) kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pemilik syarikat Vida Beauty Sdn. Bhd. itu didenda sebanyak RM500 oleh Hakim Siti Hanum Mohamad Sah, kata LHDN dalam satu kenyataan hari ini.

Datuk Vida didakwa gagal mengemukakan (Borang B) bagi Tahun Taksiran 2011 kepada Pengarah LHDN walaupun notis akhir di bawah Seksyen 78 (a) Akta Cukai Pendapatan 1967 telah diserah kepadanya.

Beliau membayar denda tersebut dan berjanji akan mengemukakan Borang B Tahun Taksiran 2011 dalam tempoh sebulan dari tarikh beliau dijatuhkan hukuman.

Pada Disember tahun lepas, Datuk Vida mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen yang sama atas 16 pertuduhan gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu sejak April 2015 hingga Julai 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014 yang boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.-MalaysiaGazette