KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti (SC) menjangka aktiviti pengumpulan dana melalui pasaran modal berjumlah sekitar RM102 bilion hingga RM105 bilion tahun ini.

Ia adalah peningkatan daripada RM98.5 bilion berbanding tahun 2016.

Pengerusi SC, Tan Sri Ranjit Ajit Singh berkata, daripada jumlah dana yang dijangka pada tahun ini, sebanyak RM85 bilion adalah daripada pasaran bon korporat dan suku.

Manakala sejumlah RM7 bilion hingga RM9 bilion diraih daripada tawaran awam permulaan dan pasaran sekunder RM10 bilion hingga RM11 bilion.

Ranjit berkata, prospek bagi pasaran modal pada tahun 2017 mencerminkan keyakinan yang meningkat, disokong minat dalam pasaran baru muncul dan jangkaan pengekalan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar.

Pada masa ini, saiz pasaran modal naik kepada RM2.97 trilion, katanya dalam taklimat tahunan 2017 di sini.

Keseluruhan tinjauan pasaran modal Malaysia positif dengan pertumbuhan merentasi segmen-segmen pasaran utama.

SC menjangkan pasaran ekuti akan menarikan aliran masuk asing manakala pasaran bon diunjur menyaksikan aliran keluar disebabkan ketidaktentuan luaran. – MalaysiaGazette