Projek M merujuk kepada usaha untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah semasa era Dr. Mahathir bagi menggulingkan kerajaan negeri pimpinan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang pada masa itu adalah pembangkang.

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad akan mendapatkan penjelasan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pembahagian kerusi dengan Pas yang akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, beliau tidak tahu menahu tentang apa yang disuarakan oleh presiden parti itu berhubung rundingan dengan Pas yang diadakan sebelum ini.

“Saya cuma baca cerita ini dalam akhbar, saya tidak tahu apa yang disuarakan oleh Tan Sri Muhyiddin.

“Saya akan berjumpa dengannya untuk mendengar apa yang dimaksudkan dengan pengistiharan yang dibuat olehnya itu,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan filem pendek bertajuk ‘Sikap’ di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Mahathir berkata demikian menjawab soalan wartawan berkenaan isyarat rundingan antara PPBM dengan Pas yang memungkinkan parti pimpinannya akan menyokong Rang Undang-undang (RUU) bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

Dalam perkembangan lain, Mahathir menegur sikap Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang dikatakan mahu membentang karpet merah kepada beliau sekiranya datang ke satu majlis di Padang Rengas Perak pada siri jelajah PPBM hujung bulan ini.

Katanya, Nazri tidak perlu berbelanja banyak untuk perkara itu, sebaliknya gunakan wang yang dimiliki untuk diberi kepada orang yang memerlukan.

“Saya rasa tak perlulah belanja tinggi-tinggi. Saya bermula dari orang bawah yang biasa jalan kaki tak pakai kasut. Suruh dia ambil wang itu belanja kepada orang yang lebih memerlukan,” ujarnya. – MalaysiaGazette