SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Abd. Latif Bandi bagi membantu siasatan berhubung penglibatannya dalam isu hartanah di Johor Bahru.

Beliau ditahan di Pejabat SPRM Negeri Johor pada pukul 10.50 pagi ini.

Menurut SPRM, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM dan Seksyen 4 Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“SPRM meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan telus,” kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast