Pengarah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff ketika bercakap pada sidang media berkaitan rampasan dadah terbesar bernilai RM50.5 juta di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 10 MAC 2017.

KUALA LUMPUR – Seramai 34,147 orang ditahan kerana terlibat da­lam gejala penyalahgunaan dan pe­ngedaran dadah bermula 1 Januari hingga 2 Mac lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, tahanan itu melibatkan 32,770 warga tempatan dan 1,377 warga asing.

Beliau menjelaskan, jumlah itu membabitkan seramai 4,539 orang membekal, 10,052 orang memiliki dan positif urin seramai 19,556 orang.

“Ia melibatkan nilai rampasan sebanyak RM28 juta seperti syabu 320 kilogram (kg), ketamine 9.08 kg, pil ekstasi 36,518 biji, pil yaba 59,477 biji dan pil eramin 5 60,626 biji serta ganja 317.1kg dan 69.94kg.

“Nilai sitaan harga pula adalah RM28.45 dan nilai harta yang dilucutkan sebanyak RM0.95 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bukit Aman di sini hari ini. – MalaysiaGazette