Keju mentah Ouleout dari Vulto Creamery didapati menyebabkan wabak listeria. foto Agensi

NEW YORK – Dua orang meninggal dunia dan beberapa lagi jatuh sakit berikutan wabak listeria yang dikaitkan dengan keju di beberapa negeri di timur Amerika Syarikat.

Wabak itu dipercayai disebabkan oleh keju mentah lembut dipanggil Ouleout dari Vulto Creamery di New York.

Keju itu dipasarkan oleh kedai Whole Foods di Fairfield, Connecticut dan kedai-kedai keju.

Penjualan keju lembut itu telah dipanggil balik sejak Selasa.

Sebanyak enam kes listeria telah direkodkan di Connecticut dan Vermont, yang merekodkan kematian, termasuk di New York dan Florida.

Pegawai kesihatan Amerika Syarikat berkata, bakteria listeria didapati wujud dalam susu mentah dan makanan-makanan yang menggunakan keju itu.

Malah, bakteria itu boleh membiak dalam peti sejuk, kecuali jika dimasak dan menjalani proses pempasteuran.

Vulto Creamery belum membuat sebarang kenyataan berhubung kes tersebut.

Syarikat itu berkata, ia menghasilkan keju buatan tangan menggunakan susu mentah daripada tenusu tempatan. – MalaysiaGazette