Zhu Guangyao

BEIJING – China yang membiarkan sasaran bajet defisit pada tahun ini tidak berubah daripada tahun lepas sepatutnya mula mengawal nisbah defisit tersebut, kata Naib Menteri Kewangannya, Zhu Guangyao hari ini.

Reuters melaporkan, ekonomi kedua terbesar dunia itu mengekalkan sasaran defisit tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNk) tahun ini dengan menegaskan fokus negara itu sekarang adalah untuk mengurangkan hutang dan reformasi.

“Defisit tiga peratus itu hadir selepas melalui pernilaian teliti.

Kami patutnya melakukan kawalan secara sederhana terhadap nisbah tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tahunan di Parlimen.

Sasaran defisit telah ditetapkan pada 2.38 trilion yuan (AS$344.68 bilion) berbanding 2.18 trilion yuan pada bajet 2016.

Ini diikuti oleh data rasmi yang menunjukkan KDNK berkembang sebanyak 6.7 peratus pada 2016.

Kerajaan mensasarkan pertumbuhan KDNK sekitar 6.5 peratus tahun ini.

“Tiga peratus adalah sama seperti tahun lepas tetapi disebabkan oleh saiz ekonomi China lebih besar, jumlah sebenar defisit berkembang sebanyak 200 bilion yuan,” kata Zhu.

Beijing telah mengetatkan kawalan terhadap hutang kerajaan tempatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengurangkan “selera” meminjam bagi mengurangkan impak krisis kewangan global.

“Apabila ekonomi berkembang, nisbah defisit kami akan terus menurun,” katanya.- MalaysiaGazette