Manchester United secara rapat memantau Alexis Sanchez di Stadium Emirates musim ini. Foto: Getty Images

ENGLAND – Pasukan Manchester United kini bersaing dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea untuk mendapatkan khidmat bintang sayap Arsenal, Alexis Sanchez, menurut laporan di England.

Daily Express mendakwa Red Devils sedang memantau progres semasa kontrak pemain antarabangsa Chile itu di Stadium Emirates.

Skuad kendalian Jose Mourinho dikatakan serius dan bersedia untuk membeli pemain itu sekiranya Arsenal sanggup melepaskan pemain itu pada akhir musim ini.

Sanchez kini berada di tahun akhir kontrak bersama the Gunners.

Bagaimanapun usaha Man United untuk membawa pemain itu ke Old Trafford dijangka mendapat tentangan sengit dari Chelsea untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 28 tahun itu.

Situasi semasa Sanchez di Stadiumm Emirates tidak begitu bernasib baik apabila pemain itu terus diketepikan dari skuad pertama oleh Arsene Wenger.

Sejak itu pemain itu dikaitkan dengan penghijrahan ke kelab lain.

Selain Chelsea, pasukan Inggeris lain yang turut berada dalam persaingan ialah Manchester City, Juventus, Paris Saint-Germain dan Atletico Madrid.

Hasrat United untuk membeli penyerang Atletico Madrid nampaknya tidak kesampaian apabila pemain itu tidak menunjukkan sebarang isyarat dia akan meninggalkan kelab itu.

Sanchez dilaporkan meminta gaji £250,000 seminggu dari Arsenal selepas menerima tawaran terbaik dari salah sebuah kelab terbesar England.

Kekalahan Arsenal 1-5 kepada Bayern Munich di laman sendiri dalam aksi Liga Juara-JUara Eropah dan tersungkur 1-3 kepada Liverpool daam liga domestik di Anfield menyebabkan pemain itu terlibat pertelingkahan dengan rakan sepasukan termasuk Wenger.

Pemain itu juga didakwa ketawa dari bangku simpanan semasa Arsenal
dibelasah 5-1 oleh Bayern Munich. – MalaysiaGazette