UMNO menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang tidak bersetuju dengan hukuman sebat dikenakan ke atas dua wanita atas dakwaan melakukan hubungan sejenis, di Terengganu baru-baru ini sebagai pandangan peribadi.
UMNO menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang tidak bersetuju dengan hukuman sebat dikenakan ke atas dua wanita atas dakwaan melakukan hubungan sejenis, di Terengganu baru-baru ini sebagai pandangan peribadi.

KUALA LUMPUR – Dalam usaha memastikan fokus kedua transformasi luar bandar, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) hari ini berjanji akan menyempurnakan pembinaan 3,000 buah rumah buat generasi kedua Risda pada tahun ini.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelaksanaan projek Rumah Bina Negara (RBN) ini antaranya memberikan keutamaan kepada penyediaan kemudahan infrastruktur perumahan yang mencukupi serta usaha KKLW meningkatkan pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera.

“Kalau berdasarkan Bajet 2017, kita kena siapkan 3,000 unit rumah. Ada yang beranggapan semua itu (akan siap dibina) sehingga tamat Rancangan Malaysia ke 11 (RMK11) tapi kalau boleh kena siapkan hingga akhir tahun. Kalau diselesaikan, akan ada lagi peruntukan untuk program ini pada Bajet 2018 akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pembiayaan Program Rumah Bina Negara (RBN) antara Risda, Agrobank dan Bank Muamalat.

ProgramRBN yang dilaksanakan Risda itu merupakan salah satu usaha kerajaan melalui KKLW untuk membolehkan golongan belia luar bandar memiliki rumah mampu milik malah katanya, kerajaan sentiasa peka dan mengambil berat tentang pemilikan rumah mampu milik.

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi meningkatkan taraf pemilikan ekuiti dan kedudukan ekonomi orang Melayu serta bumiputera di negara ini, ”

Jelas Ismail, projek seumpama ini adalah nukilan ilham Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Pembangunan Infrastruktur bagi Rumah Generasi Kedua dalam ucapan perbentangan Bajet 2017 Oktober lalu.

Sebanyak RM100 juta diperuntukkan kerajaan bagi tujuan pelaksanaan projek berkenaan.

Sehingga kini Risda telah meluluskan 497 daripada 1,518 permohonan yang diterima badan itu.

Malah lebih 5,900 borang permohonan sudah diambil para belia sehingga Februari tahun ini.

“Harga kos RBN sebenarnya adalah RM65,000 namun dengan inisiatif kerajaan memberikan insentif sebanyak RM20,000 menjadikan harga rumah lebih rendah iaitu pada harga RM45,000 sahaja.

Rumah berkeluasan 700 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan 2 bilik air termasuklah kelengkapan asas seperti lampu, kipas dan juga bekalan air,” katanya lagi.

ProgramRBN terbuka kepada semua belia luar bandar berusia 18 tahun hingga 45 tahun dan rumah akan dibina di tanah milik sendiri atau ibubapa.

Dalam pada itu, KKLW juga berhasrat untuk memudahkan pembiayaan pemohon terutamanya belia yang tidak mempunyai penyata pendapatan khususnya yang bekerja di sektor perladangan, pertanian dan industri desa.

Dengan termeterainya memorandum ini, ia akan memudahkan pemohon untuk pembiayaan rumah tanpa mengemukakan penyata pendapatan mereka.

“Kebanyakannya pembeli rumah tidak mampu untuk mengemukakan penyata pendapatan mereka jadi oleh kerana tidak ada, itu yang menyebabkan permohonan mereka gagal. Tetapi berkaitan RBN ini kita telah capai persefahaman dengan dua bank ini agar dibenarkan memohon dan hanya memerlukan bukti pendapatan yang disahkan oleh Ahli Parlimen masing-masing atau ketua kampung,” katanya lagi.

Permohonan RBN ini terbuka sepanjang tahun dan boleh dilakukan dengan mengisi borang yang terdapat di www.risda.gov.my atau hadir ke pejabat RISDA terdekat. -MalaysiaGazette