Tangkapan GRO dan tukang urut dalam operasi oleh STAGG sepanjang minggu lalu. foto Twitter/Khalid ABu Bakar

KUALA LUMPUR – Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) menahan 369 orang GRO dan tukang urut sepanjang minggu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tangkapan itu dibuat dalam satu operasi yang dijalankan di seluruh negara.

“Syabas STAGG @PDRMsia gempur maksiat seluruh negara sepanjang minggu lalu, tkap 369 org GRO dan tukang urut. #GoPDRMGo,” kata beliau menerusi Twitternya.

judi

STAGG yang menggempur pusat-pusat judi di seluruh negara sepanjang minggu lalu juga menagan 703 orang dan merampas 4,422 buah komputer.

“Syabas lagi STAGG @PDRMsia gempur judi seluruh negara, sepanjang minggu lalu. Tkap 703 org dan rampas 4422 comp. #GoPDRMGo,” tambahnya. – MalaysiaGazette