Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang keluar mencari siput di sungai bersama ibu saudara dan dua lagi rakannya menjadi mangsa terbaharu serangan buaya di Sarawak dalam tempoh tiga hari.- Gambar hiasan.

QUEENSLAND – Seorang remaja nyaris dibaham buaya selepas terjun ke dalam sungai, kata pihak berkuasa.

Lee de Paauw, 18, berjaya melepaskan diri daripada reptilia yang sempat menangkap lengannya di Sungai Johnstone di Innisfail, dekat Far North, Queensland.

Lengannya luka serta patah dan terpaksa menjalani pembedahan di hospital.

“Kami bersyukur kerana dia terselamat dalam kejadian yang boleh bertukar menjadi maut.

“Untuk melepaskan diri buaya adalah sangat kritikal selepas reptilia itu berjaya mencengkam lengannya,” kata paramedik, Neil Noble.

Seorang saksi berkata, kejadian itu amat pantas sebaik sahaja mangsa terjun ke dalam sungai.

“Dia terjun dan kemudian menjerit,” katanya.

Sebanyak lapan kematian selepas menjadi mangsa buaya berlaku di sungai Queensland sejak tahun 1985. – MalaysiaGazette