TM
Datuk Seri Shazalli Ramly

KUALA LUMPUR – Bekas orang kuat Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly dilantik sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Bhd. (TM) berkuatkuasa 1 Mei ini.

TM dalam satu kenyataan ringkasnya berkata, pelantikan Shazalli adalah bagi menggantikan Tan Sri Zamzamzairani Mohd. Isa yang bakal bersara pada 1 April ini.

Syarikat telekomunikasi itu juga mengumumkan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Datuk Bazlan Osman turut dilantik sebagai Pengarah Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berkuatkuasa 1 April ini.

Shazalli pada September tahun lalu telah meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Bhd. bagi mengambil alih peranan yang lebih besar di dalam Kumpulan Axiata.

Beliau dilantik sebagai Naib Presiden Eksekutif Korporat Kumpulan Axiata dan Ketua Pegawai Eksekutif Serantau yang mana Shazalli bertanggung jawab terhadap operasi bagi keseluruhan Asia Tenggara.- MalaysiaGazette