Khalid Masood yang ditembak mati oleh polis. foto AFP

LONDON – Lelaki yang melakukan serangan di Westminster dikenal pasti sebagai Khalid Masood.

Masood, 52, dilahirkan sebagai Adrian Elms di Kent.

Beliau yang ditembak mati oleh polis kini bukan lagi subjek dalam siasatan polis.

Lima mangsa terbunuh dalam tragedi itu. Mereka ialah PC Keith Palmer, 48, Aysha Frade dan pelancong Amerika Syarikat, 54, Kurt Cochran, 54 yang meninggal pada hari kejadian.

Sementara, seorang lelaki berusia 75 tahun meninggal semalam.

Polis percaya serangan itu didalangi oleh Kumpulan IS.

Tiga wanita dan lima lelaki ditahan di London dan Birmingham kerana dipercayai terlibat dalam membuat persediaan serangan tersebut.

Setiausaha Dalam Negeri, Amber Rudd yang bersama-sama hadir menyertai acara memperingati kejadian itu di Trafalgar Square berkata, pengganas tidak akan menang.

“Kami semua masih berhubung, bersama di sini, kerja masih diteruskan, perniagaan beroperasi seperti biasa kerana kita tidak akan kalah kepada pengganas,” tambahnya.

Masood telah memandu di laluan pejalan kaki di Jambatan Westminster sebelum melanggar penghadang jalan dan berlari ke Parlimen dengan pisau.

Beliau telah menikam Palmer sebelum ditembak mati.

Polis Metropolitan berkata, sebelum ini tidak ada perisikan yang tahu hasrat Masood untuk melakukan serangan.

Namun, polis tahu tentang Masood kerana sabitan beliau sebelum ini termasuk kesalahan menyebabkan kecederaan, memiliki senjata berbahaya dan kesalahan ketenteraman awam. Beliau dipercayai telah tinggal di West Midlands.

Masood dipercayai menetap di beberapa kawasan sebelum ini termasuk di Crawley, West Sussex serta Rye dan Eastbourne, kedua-duanya dalam East Sussex.

Beliau juga nampaknya telah disabitkan atas suatu jenayah pisau pada tahun 2003 di Eastbourne.

Masood tidak pernah disabitkan atas kesalahan keganasan.

Syarikat kereta yang disewa oleh Masood berkata, kereta itu diambil dari Spring Hill di Birmingham dengan memaklumkan sebagai seorang guru.

Jabatan Pendidikan berkata, tidak ada rekod yang menyatakan dia sebagai guru bahasa Inggeris di sekolah di negara itu walaupun gayanya sebagai seorang tutor. – MalaysiaGazette