Gaun Afifah merupakan rekaan pereka fesyen antarabangsa, Zuhair Murad.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Afifah Nasir menjadi kecaman netizen tidak sampai 24 jam selepas meraikan hari bahagia sebagai pengantin baharu.

Ini gara-gara gaun putih yang digayakan yang didakwa  mereka mencolok mata dan tidak sesuai untuk majlis tersebut.

Selain baju, ramai juga yang turut memberikan kritikan terhadap solekan pelakon drama Cik Misi 123 itu sehingga disamakan dengan Allahyarham Mona Fendi.

Difahamkan, gaun Afifah, 31, merupakan rekaan pereka fesyen antarabangsa, Zuhair Murad manakala solekannya mendapat sentuhan Khir Khalid.

Kelmarin, Afifah sah menjadi isteri kepada Syed Hariz dalam sebuah majlis tertutup di Hotel The St. Regis, Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette

Afifah sah menjadi isteri kepada Syed Hariz dalam sebuah majlis tertutup di Hotel The St. Regis, Kuala Lumpur.Afu

1 Komen

  1. Tak boleh salahkan pereka fashion tu..dia bukan Islam..Kristian Arab…jadi dia reka lah baju ikut style Kristian..yg jahil agama tu pengantin

Comments are closed.