Ketika sejarah senibina lapangan terbang tertumpu kepada bentuk dan inovasi, amat jarang cadangan mengenai mereka semula landasan diketengahkan.

Namun rekaan semula landasan terbang menjadi sasaran Henk Hesselink, saintis Belanda yang berkhidmat dengan Pusat Aeroangkasa Belanda.

Dikenali ‘landasan tiada penghujung’, cetusan idea Hesselink itu merupakan landasan terbang dalam bentuk bulatan dengan diameter berukuran lebih daripada 3.2 kilometer.

Pesawat boleh berlepas dan mendarat dari mana-mana arah bulatan yang dicadangkan itu, dan juruterbang tidak lagi menghadapi masalah angin lintang.

Malah tiga buah pesawat boleh berlepas atau mendapat pada masa yang sama.

Pasukan Hesselink menggunakan simulator penerbangan dan pengiraan komputer untuk menguji rekaan bukan konvensional itu, dan memutuskan lapangan terbang dangan landasan dalam bentuk bulatan akan lebih efisien.

Dengan terminal terletak di tengah, lapangan itu menggunakan sepertiga keluasan tanah berbanding lapangan terbang yang mempunyai kapasiti yang sama.

Bagi mereka yang tinggal berhampiran lapangan terbang, bunyi bising daripada pesawat berkurangan berikutan laluan penerbangan telah diagihkan.

Setakat ini, tiada rancangan untuk membina landasan terbang dalam bentuk bulatan namun penyelidikan Hesselink diteruskan.