Robert Fico. Foto: AFP

ATHENS – Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico telah dihantar ke hospital selepas ditembak dan mengalami kecederaan pada Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik media kerajaan, agensi berita TASR.

Insiden itu berlaku apabila seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova, lokasi mesyuarat kerajaan diadakan.

Penyerang ditahan selepas serangan itu, katanya.

Televisyen tempatan JOJ melaporkan seorang lelaki yang berada di khalayak ramai melepaskan tembakan ke arah perdana menteri ketika beliau keluar dari bangunan itu untuk beramah mesra dengan penduduk di bandar berkenaan. – Bernama-Anadolu

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here