AZMIN ALI

ALOR SETAR – Datuk Seri Mohamad Azmin Ali mendabik dada dengan mendakwa ekonomi negara ini semakin parah sekiranya Selangor yang berjaya mencatat perolehan negeri bawah kepimpinannya yang mencatat 23.6 peratus pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Dalam satu majlis di Alor Setar, Menteri Besar Selangor itu berkata,  ia jelas membuktikan bahawa Selangor adalah negeri terpenting kepada sektor pembangunan dan pelaburan kepada Malaysia.

“Jika statistik ekonomi Selangor dibawa keluar daripada Malaysia, ekonomi Malaysia lebih parah dan merudum.

“Situasi ekonomi Selangor berada pada tahap terbaik dengan merujuk kepada pendapatan perkapita rakyat Selangor yang mengalami peningkatan RM42,611.00 melepasi paras nasional yang hanya RM32,000.

“Pendapatan isi rumah negeri Selangor meningkat dan berada di kedudukan ketiga di belakang Putrajaya dan Kuala Lumpur,” katanya yang juga Timbalan Presiden PKR dalam laporan Selangorkini.

Dalam satu laporan Malaysian Economy Institute Research menyebut, Selangor adalah merupakan indikator utama Malaysia dengan terus menyumbang kepada satu perempat keluaran KDNK negara menjelang 2020.

Tahun lalu, Selangor menyumbang 25 peratus hasil KDNK negara.

Ia diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 15.1 peratus, Sarawak 10.1 peratus, Johor 9.3 peratus dan Sabah sebanyak 6.5 peratus. -MalaysiaGazette.

Comments are closed.