Ravindra Gaikwad

NEW DELHI – Polis sedang menyiasat ke atas seorang ahli Parlimen India selepas beliau didakwa memukul seorang kakitangan syarikat penerbangan menggunakan sandalnya.

Ravindra Gaikwad memukul kakitangan itu sebanyak 25 kali degan sandal kerana tidak dapat tempat duduk kelas perniagaan dalam pesawat Air India.

Air India dalam aduannya berkata, Gaikwad diharamkan dalam semua pesawat yang dikendalikan oleh Persekutuan India Airlines (FIA) dan disebabkan itu Gaikwad terpaksa pulang ke Pune dengan keretapi.

Ahli Parlimen itu berang selepas dimaklumkan tidak dapat terbang dalam kelas perniagaan kerana pesawat tersebut kelas ekonomi.

Ketika kejadian Gaikwad mahu terbang dari Pune ke Delhi.

Perbalahan itu berlaku semasa pengurus bertugas itu dipanggil selepas pesawat itu mendarat di Delhi dan ahli Parlimen itu enggan untuk turun.

Ahli Parlimen itu enggan memohon maaf kepada kakitangan berusia 60 tahun itu, memberitahu media; “Saya bukan seorang Ahli Parlimen BJP Saya tidak akan bertolak ansur dengan apa-apa penghinaan. Biar kakitangan itu mengadu dan saya akan membuat aduan kepada Speaker dan pihak berkuasa yang lain,”.

Kakitangan syarikat penerbangan itu memberitahu, cermin mata ahli Parlimen itu pecah.

“Apabila saya maklumkan permintaan beliau (untuk duduk kelas perniagaan) adalah mustahil, beliau menjadi ganas dan mula menggunakan bahasa kesat.

“Moga Tuhan menyelamatkan negara ini jika ia adalah budaya dan sikap ahli-ahli Parlimen,” kata kakitangan itu.

Kes itu disiasat oleh cawangan jenayah, kata Komisioner Khas, Dependra Pathak. – MalaysiaGazette