Menteri Belia dan Sukan, Yb Khairy Jamaluddin pada sidang media penyerahan tajaan Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) sempena Sea Games Kuala Lumpur ke29 di Menara Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 27 MAC 2017

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan hanya memerlukan tajaan RM10 juta sahaja lagi bagi menjayakan Sukan SEA ke-29 (KL2017) dan Sukan Para ASEAN (APG) ke-9 yang dijadual pada 19 hingga 31 Ogos ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, setakat ini, pihaknya telah menerima tajaan bernilai RM70 juta.

Beliau berkata, Prestasi Petunjuk Utama (KPI) tajaan yang ditetapkan pihaknya sebanyak RM80 juta bagi

“Jadi kita perlukan tajaan hanya RM10 juta lagi bagi mencapai KPI yang ditetapkan.

“Ketika ini, 70 peratus KPI telah dicapai dan saya berasa gembira dengan tajaan yang telah diterima.

“Ini kerana bukan mudah untuk mendapat tajaan memandangkan senario ekonomi yang mencabar ketika ini,” katanya pada sidang media selepas majlis pengumuman penaja oleh Prudential Assurance Malaysia Berhad di sini hari ini.

Mengulas pelantikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi sesi 2017 – 2021, Khairy berkata, masyarakat kini teruja dengan kejayaan pimpinan baharu badan itu dan pihaknya sedia bekerjasama dari segi aspek pembangunan.

Jelasnya, ramai menantikan perubahan positif yang bakal dilakukan FAM namun mereka perlu diberi masa untukĀ  membuktikan kemampuan.

Katanya, pelantikan Mario Gomez sebagai jurulatih kebangsaan yang mengambil alih tugas Datuk Ong Kim Swee yang kini menjawat jawatan jurulatih skuad bawah 22 tahun juga adalah hak mutlak Presiden FAM. – MalaysiaGazette