Home Ekonomi OPEC kaji lanjutan had bekalan minyak

OPEC kaji lanjutan had bekalan minyak

KUWAIT – Jawatankuasa Menteri-Menteri OPEC dan bukan OPEC bukan telah bersetuju untuk mengkaji semula sama ada perjanjian global untuk menghadkan bekalan minyak perlu diperluaskan untuk enam bulan lagi.

Draf awal kenyataan itu menyebut, jawatankuasa berkenaan melaporkan tahan tinggi terhadap pematuhan dan cadangan lanjutan enam bulan.

Tetapi, kenyataan akhir itu berkata, bagaimanapun jawatankuasa itu telah meminta kumpulan teknikal dan Sekretariat OPEC “menyemak situasi pasaran minyak dan kembali….pada April 2017 berhubung lanjutan penyelaran pengeluaran secara sukarela”.

Bagaimanapun ia tidak jelas mengapa perkataan telah diubah, meskipun sumber industri berkata, jawatankuasa itu kekurangan mandat perundangan untuk mencadangkan lanjutan.

OPEC dan bukan OPEC bermesyuarat di Kuwait untuk menyemak perkembangan pengurangan bekalan minyak dunia.

Badan itu dan 11 lagi pengeluar utama minyak dunia termasuk Rusia bersetuju untuk mengurangkan sehingga 1.8 juta tong sehari pada separuh pertama tahun ini.

Rundingan itu untuk tempoh enam bulan dengan kemungkinan lanjutan enam bulan lagi.

“Mana-mana negara mempunyai kebebasan untuk menyatakan mereka sokong atau tidak (lanjutan).

“Kami tidak tidak boleh meneruskan lanjutan, kecuali mencapai pematuhan dengan semua pihak,” kata Menteri Minyak Kuwait, Essam Al-Marzouq.

Beliau berharap keputusan itu dapat dimuktamadkan pada akhir April ini.

Kenyataan itu berkata, Jawatankuasa Menteri Minyak berpuas hati dengan pematuhan semasa.

Keputusan menyekat pengeluaran minyak bertujuan menyokong pasaran minyak berjaya meningkatkan harga komoditi itu lebih AS$50 setong.

Namun, kenaikan harga itu telah menggalakkan pengeluar-pengeluar minyak syal yang tidak mengambil bahagian dalam perjanjian, meningkatkan pengeluaran.

Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak berkata, terlalu awal untuk memutuskan keperluan lanjutan walaupun perjanjian berjalan dengan baik serta pematuhan 100 peratus.

Menteri Minyak Iraq, Jabar Ali Al-Luaibi berkata, pasaran minyak semakin bertambah baik dan negara itu akan bekerjasama dengan pendekatan yang bertujuan menstabilkan harga minyak. – MalaysiaGazette