Status berhubung kenaikan satu gaji tahunan (KGT) untuk penjawat awam Julai ini akan ditentukan oleh kerajaan baharu, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Mohd Ali Hamsa.
Status berhubung kenaikan satu gaji tahunan (KGT) untuk penjawat awam Julai ini akan ditentukan oleh kerajaan baharu, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Mohd Ali Hamsa.

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan cadangan memperkenalkan skim rumah sewa beli untuk penjawat awam terutama yang baharu bekerja.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berharap cadangan itu dapat dilaksanakan menjelang tahun 2018 bagi mengatasi masalah pemilikan rumah dalam kalangan penjawat awam.

“Sebelum ini kita memperkenalkan Projek Perumahan Awam 1Malaysia dan terbaharu kita cuba mengatasi masalah ini dengan meminta kerajaan melihat cadangan ini.

“Ini cadangan baharu yang sedang difikirkan dan masih di peringkat cadangan.

“Ia akan bawa kepada Jabatan Perbendaharaan  sebelum dikemukakan kepada Perdana Menteri, Najib Razak nanti,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau sebelum itu melancarkan Kompleks Kediaman Kakitangan Awam (KKKA) Jalan Cochrane di sini.

Tambah Ali, buat masa sekarang kerajaan hanya melaksanakan skim sewa bertempoh lima tahun melibatkan kakitangan awam yang menduduki kuarters kerajaan.

Bagaimanapun ada kalangan mereka hampir setiap bulan memohon untuk melanjutkan penginapan sewa selepas pencen.

“Kes ini hampir setiap bulan diterima daripada kakitangan awam yang sudah pencen malahan ada juga mahu ia disambung dibawah nama anak mereka yang berkhidmat sebagai penjawat awam.

“Kami menolak permohonan sebab terdapat lebih 22,000 permohonan kakitangan awam di luar sana yang sedang menunggu untuk mendapat kuarters,” ujar beliau lagi.

Kerajaan, katanya, sedar dan memahami penyediaan kuarters bersifat sementara bagi membantu penjawat awam mengurangkan kos sara hidup.-MalaysiaGazette