Najib Razak berjabat dengan Francois Hollande di Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak secara peribadi mengucap terima kasih kepada Presiden Francois Hollande kerana tidak bersetuju dengan rang undang-undang cukai ke atas minyak sawit Malaysia.

Perdana Menteri berkata, beliau telah memaklumkan kepada Hollande industri minyak sawit di Malaysia amat penting kerana ia menjadi kebergantungan kepada sumber pendapatan  600,000 orang.

“Saya telah meyakinkan Hollande bahawa industri minyak sawit di Malaysia dibangunkan secara mampan dan mesra alam.

“Saya juga menjelaskan Malaysia membangunkan industri minyak sawit dengan standard sendiri untuk diterima oleh Kesatuan Eropah dan bukan sahaja Perancis,” kata Najib dalam blog beliau. – MalaysiaGazette