Universiti Tsinghua

BEIJING – Penuntut-penuntut yang memohon untuk kemasukan salah sebuah universiti berprestij di China diwajibkan belajar berenang sebelum menamatkan pengajian.

Universiti Tsinghua yang dikenali sebagai Havard Timur turut memperuntukan peraturan supaya para graduannya menunjukkan kemahiran itu dalam kolam renang.

Arahan tersebut telah dipersoalkan oleh warga negara itu di sosial media.

Tetapi universiti berkenaan mempertahankan bahawa berenang adalah kemahiran survival utama.

Presiden Universiti Tsinghua, Qiu Yong, berkata, proses itu diwajibkan kepada semua pelajar kerana ia juga menambah kecergasan fizikal.

Universiti itu pernah membuat peraturan kemasukan sama pada tahun 1919 tetapi memansuhkan disebabkan popularitinya merudum serta kekurangan kolam renang di Beijing. – MalaysiaGazette