KUALA LUMPUR – AirAsia dan AirAsia X akan menawarkan “#AirAsiaDanceToFly” selama tiga hari, untuk semua destinasi dengan tambang serendah RM499 untuk perjalanan
sehala termasuk cukai dan yuran.

Dalam satu kenyataan, AirAsia X berkata, promosi untuk tempahan dari 31 Mac hingga 2 April ini bagi penerbangan dari 31 Mac hingga 30 September depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Benyamin Ismail berkata, kempen itu diilhamkan oleh anak kapalnya, Assraf Nasir yang menjadi sensasi selepas video tariannya dalam pesawat A330 menjadi tular.

“Kita berharap keseronokan Assraf berjangkit kepada para penumpang dengan merebut tambang rendah untuk terbang dengan anak-anak kapal AirAsia X,” katanya.

Bersempena dengan promosi ini, AirAsia X akan menawarkan dua tiket pergi balik secara percuma bagi video paling kreatif yang dapat mengatasi tarian Assraf melalui pertandingan media sosial dari 3 hingga 9 April.

Orang ramai yang berminat perlu membuat video tarian 15 saat dan dimut turun dalam Instagram dan hastag #AirAsiaDanceToFlyMY sehingga pukul 11.59 malam 9 April dengan kapsyen mengapa mereka layak menang pertandingan itu.

Pemenang berpeluang mendapat dua tiket pergi balik dari Kuala Lumpur ke Honolulu, Hawaii melalui Osaka, tidak termasuk cukai, yuran dan perkhidmatan pilihan. – MalaysiaGazette