XINJIANG – China memperkenalkan peraturan baharu di wilayah ini dengan menghalang berjanggut luar biasa panjang, memakai tudung dan melarang memakai tudung.

Xinjiang adalah tanah air bagi Uighur, kumpulan Muslim yang mendakwa sering ditindas.

Beberapa tahun lalu berlaku pertumpahan darah di wilayah berkenaan dan kerajaan China menyalahkan keganasan itu berpunca daripada puak pemisah dan kumpulan militan.

Larangan yang diperkenalkan itu bertujuan menangani kumpulan ekstremis Islam.

Tetapi kumpulan hak asasi manusia berkata, langkah itu pada akhirnya akan mendorong golongan Uighur ke arah ekstremisme.

Walaupun sekatan yang sama telah pun dilaksanakan di Xinjiang, langkah terbaharu ini menjadi sekatan yang sah mulai minggu ini.

Reuters melaporkan peraturan baharu itu turut menghalang kanak-kanak belajar di sekolah kerajaan, tidak melanggar polisi perancangan keluarga, menjejaskan dokumen undang-undang dan menggunakan prosedur agama semasa berkahwin sahaja.

Peraturan itu juga menyatakan bahawa pekerja awam, seperti di stesen dan lapangan terbang dihalang sepenuhnya menutupi tubuh mereka, termasuk menutup wajah mereka.

Peraturan itu diluluskan oleh pembuat dasar Xinjiang dan ia telah diterbitkan dalam laman sesawang
rasmi.

Pihak berkuasa China sebelum ini telah mengenakan langkah-langkah lain, termasuk sekatan ke atas pemberian pasport untuk Uighur. – MalaysiaGazette