Abdul Jalil Abdul Ghani

KOTA KINABALU – Kalau ditinjau daripada pandangan politik, terlalu ramai yang mahukan perjuangan mereka berasaskan kemahuan parti politik masing masing.

Bayangkan:
1. Gabungan Sabah mahukan Sabah for Sabahan.
2. Warisan minta Sabah Ubah.
3. Barisan Nasional ujudkan perpaduan dan keharmonian dalam Malaysia dan menghormati hak dan keistimewaan rakyat negeri Sabah.

Gabungan Sabah dan Warisan berpandangan sempit kerana perjuangan mereka hanya untuk sebuah negeri/kaum/bangsa dan berasaskan kebencian dan dendam yang kononnya boleh mengubah Sabah.

Sejak Sabah membentuk Malaysia dan kalau kita hanya mahukan kenegerian/bangsa/kaum maka kita tidak dapat lari daripada sejarah yang dicipta oleh orang Sabah:

Bangsa dan agama Ketua Menteri Sabah.
1. Donald Stephen/Tun Fuad- Ketua Menteri Australian/Dusun (Kristian/Islam).
2. Tan Sri Peter Lo Su Yin- Ketua Menteri Cina (Buddist).
3. Tun Datu Mustafa- Ketua Menteri Suluk (Islam).
4. Tun Haji Mohd Said Keruak- Ketua Menteri Bajau (Islam).
5. Tan Sri Harris Salleh- Ketua Menteri India/ Brunei (Islam).
6. Tan Sri Sakaran Dandai- Ketua Menteri Suluk (Islam).
7. Datuk Salleh Keruak- Ketua Menteri Bajau (Islam).
8. Datuk Yong Teck Lee- Ketua Menteri Cina (Buddist).
9.Tan Sri Bernard Dompok- Ketua Menteri Kadazan/Dusun (Kristian).
10. Datuk Seri Panglima Osu Hj Sukam- Ketua Menteri Bajau (Islam).
11. Tan Sri Chong Kah Kiat- Ketua Menteri Cina (Buddist).
12. Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman- Ketua Menteri Pakistan/Dusun (Islam).

Sabah adalah sebuah negeri dalam Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Dari sejak pembentukan Malaysia, Sabah sudah ditadbir oleh pemimpin berbilang bangsa dan agama.

Jadi, apakah yang mahu diperjuangkan oleh Gabungan Sabah?

APAKAH YANG MAHU DPERJUANGKAN OLEH WARISAN?

Gabungan Sabah mahukan otonomi tapi Sabah sudah dipimpin oleh kaum orang Sabah.
Gabungan Sabah mahukan kad pengenalan khas untuk orang Sabah tetapi bukankah ini akan bercanggah dengan kad pengenalan negara Malaysia?

Bagaimana pula kalau semua negeri negeri dalam Malaysia juga mahukan kad pengenalan negeri negeri sendiri? Bukankah ini akan mengakibatkan kecelaruan dan perpecahan?

Gabungan Sabah seringkali kaitkan kebencian dengan kebanyakkan penyokong mereka nelaungkan kebencian terhadap orang “Malaya” dan ada yang mahu keluar daripada Malaysia. Ada juga membuat kenyataan perkauman dan keagamaan.

Apakah ini ke arah kemajuan sesebuah negara atau kehancuran?

Warisan pula dipimpin oleh mantan Naib Presiden UMNO yang ketika awalnya dididik oleh USNO dan diketengahkan oleh pemimpin UMNO daripada Sabah. Beliau sekarang berganding dengan musuh politik UMNO iaitu DAP Darrel Leiking, PKR Junz Wong, Terance Siambun, mantan ahli UMNO Jaujan dan ahli perniagaan/kawan rapat Peter Anthony.

Datuk Shafie ada dendam terhadap kepimpinan kerana beliau telah disinggkirkan daripada jawatan Menteri KKLW.

Apakah akan terjadi kalau beliau diberi peluang untuk melepaskan dendam itu?

Apa masalah Darell dengan kaum kadazan/dusun yang kini berada di dalam Barisan Nasional?

Aoa masalah Junz Wong, Terence dan jaujan dengan kaum Cina dan Suluk didalam Barisan Nasional?

Sabah berbilang kaum dan agama. Tidak perlu diperkaitkan KENAPA Sabah ada Melayu, Cina, Dusun/Kadazan/Murut, Bajau, Berunei, Suluk, Bugis, Jawa, India, Pakistan dan apa saja.

Tidak perlu menuduh Sabah ada agama yang dpinggirkan kerana Sabah mempunyai kebebasan beragama. Semua tuduhan yang tidak berasas itu adalah cara parti politik kotor yang mahu mempurakpurandakan keharmonian dan kesejahteraan rakyat Sabah.

Jangan sakit hati kalau saya katakan bangsa Sabah sudah menjadi bangsa “rojak”. Ini satu kenyataaan yang tidak dapat dinafikan. Sesiapa saja yang sudah menjadi warganegara Malaysia dan bermastautin di Sabah mempunyai hak dan keistimewaan yang adil dan saksama didalam Perlembagaan Negara Malaysia.
JANGAN PERTIKAIKAN. INILAH KEHARMONIAN DAN KEDAMAIAN RAKYAT SABAH.

JADI, SABAH ITU UNTUK SIAPA?
SIAPA YANG MEMPERJUANGKAN APA UNTUK SIAPA?

Sememangnya Sabah itu untuk orang Sabah tetapi bukan kaum dusun/kadazan/murut Sendirian Berhad.
Bukan Cina Sendirian berhad.
Bukan Melayu Sendirian Berhad.
Bukan Pilipine, bukan Indon Sendirian Berhad tetapi untuk semua kaum rakyat Sabah.

INILAH PERJUANGAN BARISAN NASIONAL SELAMA INI.

Dalam Barisan Nasional Sabah,
ada:
UMNO memperjuangkan kaum bumiputra.
PBS, PBRS dan UPKO memperjuangkan kaum bumiputra.
LDP, Gerakan dan MCA memperjuangkan kaum Cina.
MIC memperjuangkan kaum India.

BUKAN KAH CANTIK SEMUA KAUM DIWAKILI DAN DIPERJUANGKAN OLEH BARISAN NASIONAL?

Apa yang ada pada Gabungan Sabah dan Warisan?
LAUNGAN FITNAH DAN DENDAM.

Apakah ada pada masa depan rakyat Sabah kalau minda mereka diperkosa oleh kebencian dan dendam yang didendangkan oleh pembangkang?

Apa sebenarnya Isu dan agenda Gabungan Sabah dan Warisan?

Satu KEBENCIAN dan satu lagi DENDAM.

Apakah laungan kononya kita, rakyat Sabah miskin, kita sengsara, kita mahu otonomi, kita susah, kos sara hidup tinggi, tiada pembangunan, GST dan pelbagai tomahan itu akan membawa kita kearah kemajuan dan pembangunan? INI KATA PEMBANGKANG.

Bandingkan dengan usaha Barisan nasional didalam perihal halatuju yang dirancang oleh kepimpinan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman:

  1. Pertanian
  2. Pelancongan
  3. Pembuatan dan perindustrian

Apakah yang akan dipilih oleh rakyat Sabah?

A. Tuduhan, fitnah, dendam dan mahu keluar daripada Malaysia (agenda pembangkang).

B. Pembangunan, kemajuan, ksejahteraan dan keharmonian Sabah dalam Malaysia. (AGENDA Barisan Nasional).

FIKIR FIKIRKAN LAH….. -MalaysiaGazette