NEW YORK – Seorang gadis berusia 13 tahun maut selepas dia dilanggar kereta api ketika cuba mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh di landasan kereta api bawah tanah.

Gadis yang dikenali sebagai Diana Kadribasic meninggal dunia pada hari Ahad selepas dia dilanggar oleh kereta api di stesen ke-63 R Drive-Rego Park.

Polis berkata, kereta api itu merempuh gadis tersebut ketika dia sedang memanjat platform.

Mangsa meninggal dunia di Hospital Elmhurst, kata polis.

Selepas kejadian itu, New York City Transit mengeluarkan kenyataan yang meminta para pelanggan memaklumkan kepada kakitangannya jika ada barangan yang terjatuh di atas trek. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast