Pintu gerabak kereta api rosak teruk selepas kereta api di stesen St Petersburg, Rusia yang sarat dengan penumpang di bom. foto Agensi

MOSCOW – Seorang lelaki dipercayai membunuh 11 orang di kereta api St Petersburg berusia awal 20 tahun dan dari Asia Tengah.

Sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh dalam letupan yang berlaku di antara dua kereta api bawah tanah.

Satu lagi bahan letupan juga telah ditemui di stesen kereta api berhampiran.

Agensi media Interfax dan Tass berkata, suspek telah dikenal pasti, cuma terdapat konflik laporan berhubung identiti suspek sebagai pengebom berani mati.

Presiden Rusia, Vladimir Putin yang berada di bandar itu semasa letupan berlaku telah melawat tempat kejadian.

Polis Rusia telah mengklasifikasikan kes itu sebagai tindakan pengganas.

Setakat ini tidak ada kumpulan pengganas yang mengaku bertanggungjawab.

Tetapi, Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev melalui Facebooknya berkata, letupan itu adalah serangan pengganas.

Menteri Kesihatan, Veronika Skvortsova berkata, 10 mangsa maut – tujuh mati di tempat kejadian, seorang dalam ambulans dan dua lagi di hospital.

Bagaimanapun, jumlah kematian terkini dilaporkan meningkat kepada 11 orang.

Letupan itu berlaku pada petang Isnin dalam sebuah kereta api metro antara stesen Ploschad stesen Institut Tekhnologichesky.

Bom itu didakwa meletup kira-kira pukul 2.30 petang (12.30am GMT) ketika kereta api berkenaan keluar dari stesen tersebut.

Letupan itu menyebabkan pintu kereta api pecah dan penumpang dalam keadaan kelam-kabut menyelamat diri dengan keluar melalui tingkap.

Kanak-kanak antara mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu. – MalaysiaGazette