PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini melanjutkan reman tiga hari lagi terhadap seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang didakwa cuba menyogok RM2 juta kepada Sultan Johor.

Lanjutan reman itu dibenarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Ab Rahman.

Lelaki yang menyerah diri di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis lalu dan direman selama lima hari keesokan harinya di bawah Seksyen 16, Akta SPRM.

Ahli perniagaan itu sebelum ini dilaporkan cuba menawarkan sebanyak RM2 juta kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan mencadangkan nama seorang individu kepada Ketua Setiausaha Negara kepada Yang Dipertuan Agong untuk mendapatkan gelaran Tan Sri. – MalaysiaGazette