Wisma Putra
Tindakan memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai ke kementerian berkenaan disebabkan kegagalan dua pegawai terbabit menguruskan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Dubai pada 29 hingga 31 Mac lalu.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar hari ini mengesahkan bahawa tiada warganegara Malaysia yang terlibat dalam insiden letupan kereta api bawah tanah di St. Petersburg semalam.

Menurut kenyataan Wisma Putra, hanya tiga warga asing terlibat dalam insiden tersebut.

“Punca letupan masih lagi disiasat oleh pihak berkuasa tempatan,” kata kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Wisma Putra menyarankan warga Malaysia di Rusia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Moscow di alamat Mosfilmovskaya Ulitsa 50, Moscow.

Sebarang maklumat lanjut dilakukan dengan menghubungi talian +7 495 419 9898/+7 495 419 9899 atau menerusi e-mel [email protected] atau Wisma Putra di talian 03-8887 4570, 03-8887 4530 (selepas waktu pejabat).

Insiden yang berlaku di St.Petersburg itu meragut 14 nyawa manakala 50 lagi parah.- MalaysiaGazette