NEW YORK – Harga minyak naik hampir satu bulan tinggi disokong oleh gangguan pengeluaran yang tidak dirancang di Laut Utara dan jangkaan penurunan dalam pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat dan inventori-inventori produk.

Niaga hadapan Brent meningkat AS$1.05 atau 2.0 peratus kepada AS$54.17 setong.

Pergerakan harga lebih tinggi selepas penanda aras global berlaku di atas purata 100 hari, tahap rintangan yang utama yang meletakkan kontrak teknikal terlebih beli buat kali pertama sejak akhir Disember.

Minyak mentah Amerika Syarikat, West Texas Intermediate pula naik 1.6 peratus kepada AS$51.03 setong.

Kedua-dua kontrak berakhir pada paras tertinggi sejak 7 Mac.

Ia berada mencecah tahap terendah empat bulan akhir bulan lalu tetapi pulih 9.0 peratus sejak Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar lain mengurangkan pengeluaran di bawah perjanjian tahun lalu.

“Pematuhan OPEC masih teguh daripada yang dijangkakan,” Jim Ritterbusch, Presiden Ritterbusch & Associates, firma penasihat tenaga berpangkalan di Chicago.

Di Laut Utara, pengeluaran minyak mentah sebanyak 180,000 tong sehari di medan Buzzard dihentikan manakala kerja-kerja pembaikan dijalankan pada terminal pemprosesan tempatan.

Pengeluaran dijangka normal dalam dua hari lagi.

Sementara itu, stok minyak mentah Amerika Syarikat jatuh lebih daripada yang dijangkakan minggu lepas, jatuh sebanyak 1.8 juta tong berbanding jangkaan 435,000 tong, menurut data yang dikeluarkan lewat Selasa oleh Institut Petroleum Amerika. – MalaysiaGazette