KUALA LUMPUR – Harga baharu minyak bagi minggu ini menyaksikan kenaikkan sedikit bagi bahan bakar RON95 dan 97 sebanyak 3 sen berbanding sebelum ini.

Bagaimanapun harga bagi diesel pula turun 3 sen.

Harga-MinyakKenaikan itu berkuatkuasa tengah malam ini sehingga diumumkan harga baharu pada 12 April kemudiaan nanti.

Ia menjadikan harga runcit bagi RON95 adalah RM2.16 seliter manakala RON97 RM2.44 seliter.

Manakala diesel turun kepada RM2.08 seliter daripada RM2.11 seliter pada minggu sebelumnya.

Sejak minggu lalu, harga minyak diumumkan mengikut harga siling mingguan pada setiap Rabu.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan harga bahan bakar itu pada awal bulan. – MalaysiaGazette