KUALA LUMPUR – Malindo Air menafikan dakwaan syarikat penerbangan itu meminta calon-calon yang datang temuduga untuk jawatan anak kapal membuka baju dalam semasa ‘grooming check’.

Dalam kenyataan hari ini, Malindo Air menegaskan syarikat itu mematuhi pelaksanaan dan peraturan-peraturan dalam semua proses pengambilan, termasuk attendan penerbangan sejak penubuhannya pada 2013.

“Syarikat penerbangan ini menafikan dakwaan tersebut selepas siasatan dalaman dilakukan,” katanya di sini.

“Grooming check’ adalah pemeriksaan parut yang dikendalikan secara persendirian oleh penyelia wanita secara profesional dan merupakan sebahagian daripada proses temuduga.

Katanya, calon diberi taklimat mengenainya terlebih dahulu dan mendapat persetujuan daripada setiap calon sebelum melakukannya untuk memastikan tidak ada tanda yang
ketara dapat dilihat ketika memakai pakaian seragam.

Malindo Air menegaskan prosedur standard itu telah diamalkan sejak empat tahun yang lalu.

Syarikat penerbangan itu mempunyai lebih daripada 700 anak-anak kapal kabin wanita setakat ini. – MalaysiaGazette

Comments are closed.