NEW YORK – Harga minyak didagangkan hampir mencatatkan paras tertinggi dalam masa sebulan pada Jumaat selepas serangan Amerika Syarikat terhadap pengkalan udara .

Dolar pula meningkat berikutan pelabur mengabaikan laporan pekerjaan Amerika Syarikat kerana ianya tidak cukup menjejaskan pengukuhan ekonomi atau menjadi faktor kepada peningkatan kadar faedah.

Tindakan Amerika Syarikat ke atas Syria telah menyebabkan ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat dan pada asasnya menjejaskan aset yang dikira berisiko tinggi seperti ekuiti.

Emas pula meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lima bulan sebelum menyederhana.

Bagi minggu ini, minyak mentah ditutup 3 peratus lebih tinggi dengan minyak mentah Amerika Syarikat ditutup 54 sen lebih tinggi kepada AS$52.24 setong dan Brent pula melonjak 35 sen kepada AS$55.24 setong.- MalaysiaGazette