Kartun dalam Nyanyang Siang Pau

KUALA LUMPUR – Nanyang Sia Pau hari ini memohon maaf ekoran penyiaran kartun monyet pakai serban yang disiarkan akhbar berkenaan pada 8 April lalu.

Menurut satu kenyataan, syarikat itu memohon maaf kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nanyang Sia Pau juga memohon maaf terhadap segala masalah yang timbul daripada kartun yang tidak wajar tersebut.

“Pihak kami juga telah menarik balik kartun sama yang disiarkan di laman berita Nanyang Siang Pau, iaitu eNanyang.my.,” ujar kenyataan yang sama.

Hari ini, Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hasan menyatakan partinya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat akhbar berbahasa Cina itu.

Esok, Pas mengarahkan ahli-ahli mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat akhbar Nanyang Siang Pau di Petaling Jaya bagi membantah isu penyiaran kartun berkenaan.-MalaysiaGazette