Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd

JOHOR BAHRU – Seorang ahli perniagaan wanita ditahan di Brickfields, Kuala Lumpur malam tadi kerana memuat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor dan institusi diraja Johor menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, wanita berusia 48 tahun itu ditahan selepas satu laporan diterima polis berhubung perkara itu pada 9 April lalu pukul 12.30 tengah hari.

“Kes itu disisat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebihn RM50,000 atau penjara tak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

“Kesalahan itu juga boleh dikenakan denda selanjutnya sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata berkata, wanita terbabit kini direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Jumaat ini. – MalaysiaGazette