Keadaan Peodua Axia dinaiki tiga beranak selepas kemalangan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Kluang malam tadi.

KLUANG – Seorang lelaki warga India maut selepas kereta dinaikinya dilanggar sebuah kereta ketika membuat pusingan U di kilometer 73, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd Azmi Husin berkata, kejadian berlaku pukul 10.11 malam ketika mangsa, 30, duduk di bahagian penumpang hadapan kereta Hyundai Matrix.

“Kereta tersebut dipandu seorang lelaki warga Pakistan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kereta dinaiki mangsa datang dari arah Taman Sri Bayu menghala ke arah bandar Simpang Renggam

“Kereta itu kemudian membuat pusingan U sebaik sampai di lokasi kemalangan. Pada masa sama datang sebuah kereta Produa Axia dipandu lelaki berusia 28 tahun bersama-sama isteri dan seorang anaknya.

“Kereta dinaiki tiga beranak itu yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kiri kereta mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keadaan Hyundai Matrix yang dinaiki mangsa selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Kluang malam tadi.

Beliau berkata, akibat daripada kejadian itu mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, pemandunya pula hanya cedera di bahu kanan, kaki kiri dan peha manakala pemandu, isteri dan anak yang menaiki Produa Axia cedera di beberapa bahagian badan dan kaki.

Menurut Nik Mohd Azmi, mayat lelaki yang masih belum dikenal pasti identitinya itu bersama-sama semua mangsa terlibat dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini untuk proses bedah siasat dan rawatan.

Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan mangsa yang maut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Hanif Mohamed Salleh 0102317142.

Tambahnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here