Setiausaha Agong PERTAMA, Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied bercakap pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Haflah Zikir Perdana Sedunia 2017 di Hadramawt Palace, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 12 APRIL 2017.

KUALA LUMPUR – “Kami bukan menghukum Siti Kassim tapi kami mengajak dia untuk ke arah kebaikan.

“Kalau dia datang,  alhamdulillah,” demikian kata Setiausaha Agung Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA), Sheikh Abdul Kareem Said Khadaeid.

Beliau berkata demikian mengulas PERTAMA pernah mempelawa Siti Zabedah Kassim yang pernah mendakwa kononnya tuhan ada dalam versi getaran untuk menjelaskan perkara sebenar berdasarkan agama Islam.

Peguam yang lebih dikenali sebagai Siti Kassim juga salah seorang yang tegar menentang Rang Undang-Undang 355 baru-baru ini.

Sheikh Abdul Kareem menjelaskan jemputan itu bukan sahaja disasarkan kepada Siti Kassim malah juga kepada mana-mana individu yang mahu mengenali Allah dan Rasulullah SAW.

“Kami tawar kepada dia (Siti Kassim) untuk menunjukkan jalan. Bukan sahaja kepada dia tetapi juga kepada umat Islam untuk rasa lebih kasih dan sayang terhadap Allah,” jelasnya lagi.

Bagaimanapun buat masa ini Siti Kassim belum lagi memberi respon kepada pelawaan PERTAMA.- MalaysiaGazette

Pertubuhan tarikat mahu bantu Siti Kassim kenal Allah