Ahmad Bashah Md Hanipah

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan 25 April ini sebagai hari kelepasan am gantian bagi negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, 24 April ini merupakan sambutan Israk dan Mikraj dan ia merupakan hari kelepasan am bagi Kedah.

“Kebetulan 24 haribulan itu Kedah memang cuti Israk Mikraj iaitu cuti yang telah kita masukkan dalam cuti umum di Kedah jadi kita ganti pada 25 haribulan cuti kepada Kedah sebab ada pertindihan di situ.

“Jadi Kedah akan dapat cuti dua hari iaitu pada 24 dan 25 haribulan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darulaman di sini, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan Persekutuan mengisytiharkan 24 April ini sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh negara bersempena hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. – MalaysiaGazette