Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Malaysia hari ini mengesahkan bekas anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli telah memohon pada 9 Julai pengecualian agar tidak hilang kelayakan bagi memegang jawatan dalam pertubuhan berdaftar di Malaysia.
Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini menunaikan janji beliau untuk mendedahkan nama bekas pemimpin Pas yang didakwa menerima sejumlah dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai mana yang didakwa beliau sebelum ini.

Individu terbabit jelas Rafizi, adalah bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr. Nasharuddin Mat Isa malah maklumat berkenaan diperolehi daripada seorang bekas pegawai ‘paling kanan’ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam siasatan mengenai dakwaan salah guna dana 1MDB.

“Pas perlu kembali semak pastikan tidak ada 1 sen pun wang 1MDB kerana rapatnya Dr Nasharudin Isa dengan tokoh-tokoh yang masih mahu menggabungkan UUMNO dan Pas,” kata Ahli Parlimen Pandan itu dalam sidang medianya yang turut disiarkan secara langsung melalui Facebook.

Rafizi mendakwa, maklumat itu diberitahu kepadanya secara lisan oleh bekas pegawai SPRM itu, yang antara lain mendedahkan siasatan SPRM ke atas SRC International, anak syarikat 1MDB, mendapati sejumlah dana dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Razak, sebelum sejumlah wang berpindah ‘kepada peguam tertentu’.

SPRM sudah menyoal siasat peguam tersebut dan mendapatkan bukti individu yang dibayar dengan wang SRC International, yang disalurkan kepada peguam terbabit, katanya.

Dalam sidang media berkenaan, Rafizi menyebut salah seorang penerima bayaran itu ialah Nasharudin.

Malah, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali dakwa Rafizi juga pernah bertemu dengan pegawai SPRM berkenaan untuk mendapatkan kepastian mengenai dakwaan pemindahan dana 1MDB.

Semalam, Rafizi menegaskan akan mendedahkan nama individu yang terbabit dalam penerimaan dana 1MDB dan akan membuat laporan kepada suruhanjaya berkenaan esok pada jam 11 pagi.

Nasharuddin kini menjawat jawatan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM selepas tidak lagi terlibat dalam bidang politik.

“Sebagai seorang penerima dana, Nasharudin tidak layak dilantik ke panel tersebut.

“Kalau petang ini ada perkara yang saya sebut tak betul, boleh buat laporan polis supaya boleh lalui proses undang-undang.

“Saya sudah bagi lesen untuk menggari saya. Kalau yang saya sebut ini tak betul, boleh tangkap masukkan saya dalam lokap malam ini juga,” kata Rafizi. – MalaysiaGazette

Comments are closed.