Alwi Ibrahim

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan ada membuat peraturan komunikasi baharu termasuk merakam semua panggilan telefon atau memantau media sosial orang ramai di negara ini.

Menerusi kenyataan hari ini, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim menegaskan, mesej palsu yang sedang dikitar semula di media sosial tiada kaitan dan bukan dikeluarkan oleh KDN.

“Orang ramai diminta agar lebih berhati-hati dengan penularan mesej palsu seperti ini,” katanya dalam kenyataan itu.

Mesej yang tersebar kononnya dikeluarkan KDN antara lain menyebut terdapat peraturan komunikasi baharu yang memastikan semua panggilan direkodkan, semua media sosial dan forum dipantau serta peranti akan disambungkan ke sistem kementerian itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast