Pengerusi Rehda negeri, Datuk Toh Chin Leong berkata rumah yang bernilai RM300,000 ke atas di negeri ini akan diturunkan harga sebanyak 10 peratus berikutan pelaksanaan SST bermula 1 September lepas.
Pengerusi Rehda negeri, Datuk Toh Chin Leong berkata rumah yang bernilai RM300,000 ke atas di negeri ini akan diturunkan harga sebanyak 10 peratus berikutan pelaksanaan SST bermula 1 September lepas. - foto hiasan

KUALA LUMPUR – Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) berpendapat antara keutamaan pembeli ketika ini adalah hartanah yang memiliki kemudahan jajaran hubungan pengangkutan awam, selain ditawarkan dalam harga mampu.

Presidennya, Datuk Seri FD Iskandar berkata, kawasan pembangunan hartanah kini tidak memiliki sambungan pengangkutan awam yang fleksibel, sekali gus menyukarkan hasrat pembeli.

“Pemaju hartanah dan pihak berkuasa perlu memikirkan satu penyelesaian bagi memudahkan sambungan pengangkutan awam ini kepada orang ramai.

“Lokasi yang ingin dibangunkan perlu bersesuaian, selain memiliki harga mampu milik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Ekspo Hartanah Malaysia 2017 (MAPEX) di sini hari ini.

Pameran tiga hari yang diadakan di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Mengulas lanjut, FD Iskandar berkata, kebanyakan potensi pembeli mengadu bahawa rumah mampu milik kini sukar untuk dihubungi laluannya.

Namun katanya, mereka mendakwa penyediaan jaringan pengangkutan yang cekap dan dipertingkatkan mampu mengubah dan menyelesaikan aduan itu.

Sementara itu, MAPEX 2017 dijangka menarik 30,000 hingga 50,000 pengunjung sepanjang pameran bertemakan ‘Greater Connectivity for Better Affordable Living’.

Antara pemaju yang menyertainya ialah Eco World Development Group Bhd, Mah Sing Group Bhd, Matrix Concepts Holdings Bhd, SP Setia Bhd, Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), MKH Bhd, IJM Land Bhd dan Putra Nilai Development Sdn Bhd..

Turut dianjurkan ialah seminar dengan tajuk menarik berkaitan industri hartanah tempatan yang disertai penceramah terkemuka dalam industri berkenaan.

Lebih menarik, pembeli unit kediaman pada MAPEX kali ini berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menawarkan tiket Taman Tema Legoland.

Turut disediakan adalah rebat sebanyak RM30,000 kepada 30 pembeli pertama. – MalaysiaGazette