Superitenden Dzulkhairi Mukhtar

JOHOR BAHRU – Polis Johor akan menjalankan operasi pra Op Selamat, buat pertama kali dijalankan di negara ini dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan maut.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri (JSPT), Superitenden Dzulkhairi Mukhtar berkata, operasi itu merupakan pendekatan baharu diambil Polis Diraja Malaysia.

Menurutnya, operasi itu bermula semalam dan berakhir pada 1 Mei ini dengan menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap kesalahan yang menjadi punca utama kemalangan.

“Sepanjang pra Op Selamat itu dijalankan, penguatkuasaan terhadap enam kesalahan utama iaitu had laju, garisan berkembar, lampu isyarat, lorong kecemasan, potong Q dan penggunaan telefon bimbit,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, mengikut kajian sebelum ini, memandangkan kemalangan banyak membabitkan pengguna motorsikal, pihaknya juga akan memberi kesedaran dan nasihat kepada kumpulan itu terutama pekerja kilang.

Beliau berkata, bagi menjayakan usaha itu, pihaknya akan menjalankan kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Socso) untuk memberi ceramah secaa berperingkat kepada lebih 100,000 penunggang motorsikal.

“Seramai lebih 50 anggota trafik di negeri ini terlibat dalam operasi ini membabitkan kawasan di bawah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, IPD Seri Alam, IPD Kulai, IPD Batu Pahat, IPD Kluang dan IPD Kota Tinggi,” katanya. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast