Ahli Dewan Undangan Negeri Endau, Abd. Latif Bandi tiba dengan memakai t-shirt lokap Suruhanjaya Pencegahan Jenayah Malaysia (SPRM) tiba di Mahkamah Sesyen/Majistret Johor Bahru hari ini. - 19 APRIL 2017

JOHOR BAHRU – Ahli Exco Ke­­rajaan Ne­geri Johor, Datuk Abd. La­tif Bandi tiba di perkarangan kompleks Mahkamah Sesyen / Majistret di sini pagi tadi untuk didakwa bagi kes skandal rasuah dan penyelewengan hartanah.

Abd. Latif, 51, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Endau itu tiba dengan memakai t-shirt lokap Suruhanjaya Pencegahan Jenayah Malaysia (SPRM) tiba di sini pukul 9.20 pagi.

Wakil media, ahli keluarga dan rakan-rakan beliau mula memenuhi perkarangan kompleks mahkamah di sini sejak pukul 7 pagi.

Abd. Latif sebelum ini dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM200,000 pada 16 Mac lalu selepas direman selama seminggu pada 10 Mac lalu.

Beliau kini bercuti daripada tugasnya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak 1 Mac lalu ditahan SPRM berhubung kes itu pada 9 Mac lalu. – MalaysiaGazette.