Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah menolak tawaran pengantaraan AirAsia dalam satu surat yang dihantar oleh peguam pengendali lapangan terbang itu. 

KUALA LUMPUR – Kontraktor yang terlibat menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas hari ini memfailkan writ saman kepada Airports Holdings Berhad (MAHB) berjumlah RM43.992 juta.

MAHB dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, ia menerima writ saman itu daripada Syarikat Pembinaan Anggerik Sendirian Berhad (SPASB) yang menuntut RM43.992 juta dan tuntutan lain kerosakan dan faedah.

Tuntutan itu dibuat ekoran kerugian dan kerosakan yang berkaitan dengan kerja-kerja oleh SPASB untuk membangun dan menaik taraf lapangan terbang itu.

Ia juga termasuk menyiapkan pejabat tapak, bangunan pusat utiliti dan kerja-kerja saluran udara di lapangan terbang berkenaan.

Kata MAHB, kerja-kerja itu berdasarkan surat tawaran yang bertarikh 2 September 2010 dan 13 Januari 2011 dan perjanjian-perjanjian kontrak berkaitan.

“MAHB telah mendapat gambaran awal daripada penasihat undang-undang yang berpendapat bahawa kami mempunyai prospek yang baik untuk mempertahankan tuntutan SPASB ini.

“Tuntutan SPASB ini dijangka tidak mempunyai kesan ketara ke atas pendapatan dan aset bersih MAHB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017,” katanya dalam notis itu. – MalaysiaGazette