Home Dunia AS perlu penuhi tanggungjawab perjanjian nuklear – Iran

AS perlu penuhi tanggungjawab perjanjian nuklear – Iran

BEIRUT – Iran mengingatkan Amerika Syarikat agar memenuhi tanggungjawab sendiri yang dipersetujui dalam perjanjian nuklear pada tahun 2015 dan bukannya meningkatkan tuduhan terhadap negara itu.

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif dalam tweet beliau berkata, Amerika Syarikat harus “memenuhi komitmen sendiri,” sebagai tindak balas kepada kenyataan Rex Tillerson, Setiausaha Negara Amerika Syarikat.

Tillerson dalam surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Paul Ryan berkata, Iran masih patuh dengan perjanjian 2015, tetapi terdapat kebimbangan mengenai peranannya sebagai penaja keganasan. – MalaysiaGazette