Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Bagi mengelakkan sebarang pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti, Pas memberi amaran kepada Pakatan Harapan (PH) supaya jangan sibuk masuk bertanding 80 kerusi milik mereka.

Sekiranya parti dalam PH tidak mengganggu kerusi-kerusi tersebut, Pas memberi jaminan hanya akan berlaku satu lawan satu dalam PRU14 nanti, kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

“Pakatan Harapan jangan masuk. Amanah (PAN) jangan masuk. Bersatu pun jangan masuk.

“PKR bertanding di kerusi mereka PRU13. DAP pun sama. Dua penjuru akan berlaku,” katanya dalam kenyataan.

Sebanyak 80 kerusi tersebut membabitkan kerusi tradisi DAP dan PKR.

Bagaimanapun, angka dan kawasan baharu belum dimuktamadkan dan perincian itu masih dibuat oleh jentera pilihan raya sebelum keputusan dimuktamadkan oleh Pas Pusat.

Dalam pada itu, Khairuddin juga menyatakan kerisauan berhubung pendirian PH terhadap kerusi yang dipertandingkan.

“Tapi bersediakah Amanah untuk tidak bertanding pilihanraya?

“Atau bersediakah PKR dan DAP untuk memberikan laluan kepada Amanah di kerusi mereka tanpa menyentuh kerusi tradisi Pas pada PRU ke 13?” soalnya. – MalaysiaGazette