Home Nasional Wanita langgar polis direman

Wanita langgar polis direman

ALOR SETAR – Pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan maut yang membabitkan Ketua Jabatan Narkotik Baling dan isteri direman empat hari mulai semalam.

Ketua Polis Baling, Supritendan, Shariffudin Yusof berkata, perintah reman itu dikeluarkan kepada seorang wanita, 37, bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 44, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Suspek yang posotif methamphetamine telah direman empat hari sebelum ini di bawah Seksyen 15 (1)(a) di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam kejadian itu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, Asisten Supritendan Mohd Noor Mat Yaub dan isterinya, Suriya Abdul Rahman maut selepas keretanya dilanggar sebuah kereta yang lain di Kampung Teluk Teduri Jalan Baru Kupang-Baling.

Kedua mangsa meninggal dunia ditempat kejadian manakala empat anak mereka cedera.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan menghantar isterinya yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Teluk Teduri. – MalaysiaGazette